VOLUME 3
ZULFAHMI MENCATAT KEPUTUSAN PODIUM LAGI Litar Valencia membawa tuah buat pelumba Moto3 negara, Zulfahmi Khairuddin apabila dia mencatat keputusan podium kedua dalam kariernya pada perlumbaan penutup tirai Moto3 musim 2012 di Grand Prix Valencia, Sepanyol pada Nov 11.
Anak muda kelahiran Banting, Selangor itu menamatkan saingan di tempat ketiga di belakang dua pelumba Red Bull KTM Ajo, Danny Kent dan Sandro Cortese.
Zulfahmi yang bermula di petak ke-17, terus memberi tentangan sengit sehinggalah saingan berbaki lima pusingan, dia memecut jenteranya daripada tempat kelapan, mendaki satu demi satu anak tangga untuk berada dalam kelompok lima terbaik.
Pada pusingan terakhir, pelumba Air Asia SIC Ajo yang berumur 21 tahun itu yang mengekori rapat penunggang RW Racing GP, Brad Binder kemudiannya memintas menamatkan saingan di kedudukan ketiga untuk catatan podium kedua selepas muncul naib juara di GP Malaysia 21 Oktober lalu.
“Saya memang benar-
benar sukar hendak percaya keputusan ini, saya tidak sabar untuk berlumba pada kejuaraan dunia tahun depan.”
MICHELLE YEOH, JURI OSCAR Aktres Malaysia mencipta nama di Hollywood, Datuk Seri Michelle Yeoh mengukir sejarah apabila diberi penghormatan menjadi ahli panel juri Academy of Motion Picture Arts & Sciences. Michelle adalah tokoh seni tempatan pertama diiktiraf badan antarabangsa itu.
Selain Michelle, aktor Matthew McConaughey dan pemenang anugerah Oscar 2012, Octavia Spencer turut diundang menjadi ahli panel Akademi yang antara lain bertanggungjawab dalam sesi penjurian trofi berprestij industri perfileman, Anugerah Oskar.
Jika Michelle menerima undangan Akademi, pelakon berusia 49 tahun itu bakal memperkukuhkan portfolio hebatnya dalam industri perfileman. Ini kerana bukan calang-calang individu layak menduduki kerusi juri itu.
Michelle mengharumkan nama negara apabila menjadi artis Malaysia pertama diterima industri perfileman di Hollywood. Tawaran untuk berlakon sebagai gadis Bond dalam filem Tomorrow Never Dies pada 1997 memberi impak hebat dalam portfolio seninya.
Malah lakonan hebat yang ditonjolkan aktres ini dalam filem The Lady baru-baru ini, mendapat pujian pengkritik filem antarabangsa.
December 2012 5
Page 1 |
Page 2 |
Page 3 |
Page 4 |
Page 5 |
Page 6 |
Page 7 |
Page 8 |
Page 9 |
Page 10 |
Page 11 |
Page 12 |
Page 13 |
Page 14 |
Page 15 |
Page 16 |
Page 17 |
Page 18 |
Page 19 |
Page 20