This page contains a Flash digital edition of a book.
VOLUME 1


“R


ezeki Ramadhan!” adalah kata-kata pertama murid tahun lima Nor Juliana


Suhaila Sudirman apabila melihat Proton Preve yang dia menang sebagai hadiah cabutan bertuah semasa majlis kemuncak Program Pemacuan i-THINK (i-TAP). Sambil berjalan mengelilingi kereta tersebut dan menyentuhnya, murid Sekolah Kebangsaan Sungai Lui, Hulu Langat yang berumur 11 tahun itu berkata kereta nasional itu akan menjadi pengangkutan keluarganya yang sebelum ini tidak mempunyai kereta.


“Inilah Hari Raya yang sangat menggembirakan saya dan keluarga saya. Saya tidak menyangka dapat hadiah yang begitu bermakna dan besar nilainya,” katanya selepas menerima replika kunci Proton Preve daripada


Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Inovasi Malaysia (AIM), Mark Rozario. Program i-TAP telah dijalankan di 12 tempat di Selangor dan melibatkan seramai 140,000 pelajar. Siti Nurhajar Mohd Shukri pelajar tahun lima dari SK Seksyen 18, Shah Alam dan guru SK Batu 9 Cheras, Suzilina Mohd Sarom, memenangi seunit iPad. Dua belas buah sekolah yang menjadi tuan rumah program i-TAP turut menerima sebuah TV LCD dan DVD.


Nor Juliana Suhaila berkata dia rasa seronok apabila mempelajari tentang lapan Peta Pemikiran dalam program i-THINK yang sangat berguna dalam kemahiran berfikir tahap tinggi. “Peta Pemikiran amat berfaedah dan dapat digunakan dalam pembelajaran serta persediaan untuk menghadapi peperiksaan,” katanya.


Penerbit HOTS: Agensi Inovasi Malaysia (AIM) 3501, Level 3, Quill Building 3, Jalan Teknokrat 5, 63000 Cyberjaya, Selangor. Tel: +603 83180210 Email: i-THINK@innovation.my


Page 1  |  Page 2  |  Page 3  |  Page 4  |  Page 5  |  Page 6  |  Page 7  |  Page 8  |  Page 9  |  Page 10  |  Page 11  |  Page 12  |  Page 13  |  Page 14  |  Page 15  |  Page 16  |  Page 17  |  Page 18  |  Page 19  |  Page 20  |  Page 21  |  Page 22