This page contains a Flash digital edition of a book.
Ikan Hiasan Tahun 5

a) Penyediaan bekas

Hasil pembelajaran (Aras 2)

• Mengenal dan memilih tumbuhan akuatik atau tiruan • Menanam tumbuhan akuatik dalam akuarium • Memilih akuarium/bekas dan aksesori • Menyedia dan menghias akuarium • Memasukan ikan hiasan kedalam akuarium/bekas

Mengenal dan memilih tumbuhan akuatik atau tiruan

Ciri utama kesesuaian tumbuhan akuatik untuk akuarium ialah tahan hidup di dalam air

dan mempunyai bentuk yang menarik sebagai hiasan dalaman akuarium.

Kepentingan tumbuhan akuatik di dalam akuarium ialah untuk menyerap bahan-bahan toksik yang dihasilkan dari perkumuhan ikan dan sisa makanan yang tidak habis dimakan oleh ikan. Sisa makanan dan bahan perkumuhan akan mendak ke dalam sunstrat di dasar akuarium dan manjadi baja kepada tumbuhan akuatik. Tumbuhan akuatik mengeluarkan oksigen kedalam air hasil dari proses fotosintesis. Gas oksigen ini akan digunakan oleh ikan untuk proses pernafasan. Tumbuhan akuatik juga berfungsi sebagai tempat ikan kecil berlindung dari ikan yang menjadi musuhnya, menjadi tempat persembunyiannya dan tempat berehat. Ikan herbivor juga akan memakan daun-daun tumbuhan akuatik.

11

Kemahiran Hidup Tahun 5 Page 1  |  Page 2  |  Page 3  |  Page 4  |  Page 5  |  Page 6  |  Page 7  |  Page 8  |  Page 9  |  Page 10  |  Page 11  |  Page 12  |  Page 13  |  Page 14  |  Page 15  |  Page 16  |  Page 17  |  Page 18  |  Page 19  |  Page 20  |  Page 21  |  Page 22
Produced with Yudu - www.yudu.com