This page contains a Flash digital edition of a book.
Rawatan
Rawatan bagi sindrom kemurungan selepas bersalin ini bergantung kepada jenis sindrom yang dialami. Sindrom
‘postpartum blues’ lebih memerlukan penerangan mengenai penyakit tersebut serta sokongan dan bantuan terutama dari-
pada suami dan ahli keluarga. Sokongan yang diberikan itu boleh berbentuk sokongan fizikal (menjaga anak , melakukan
kerja di rumah dan sebagainya ) atau emosi (nasihat dan tunjuk ajar). Ini amat penting terutama kepada mereka yang per-
tama kali melahirkan anak kerana tidak semua orang mempunyai keupayaan / kebolehan menjadi ibu yang baik dengan
sekelip mata. Mereka juga perlu menjaga kesihatan fizikal dan mental selepas bersalin dan antara langkah yang boleh diam-
bil ialah:
crosstar2 Berehat secukupnya
crosstar2 Makan makanan yang berkhasiat
crosstar2 Berbincang masalah yang dihadapi
crosstar2 Kurangkan tekanan dengan mengelak dari melakukan perubahan yang drastik dalam masa yang sama seperti berpin-
dah rumah dan sebagainya

Sindrom kemurungan selepas bersalin jenis neurotik lazimnya memerlukan ubat – ubatan anti – kemurungan di
samping rawatan psikoterapi yang lebih khusus seperti terapi sokongan dan terapi kognitif. Bagi sindrom ‘gila meroyan’
pula rawatan ubat-ubatan anti – psikotik mungkin diperlukan. Malah ada dalam kalangan wanita tersbut perlu dimasukkan
ke wad bagi mendapatkan rawatan yang lebih intensif seperti terapi elektokonvulsif dan sebagainya. Namun begitu sokon-
gan dan bantuan daripada suami dan ahli keluarga amatlah penting bagi menjamin keberkesanan rawatan yang diberikan.

Secara amnya kemungkinan untuk sembuh adalah cukup baik jika wanita yang terlibat mendapat rawatan dengan
segera. Namun begitu risiko untuk berlakunya sindrom yang sama ketika melahirkan anak yang seterusnya adalah lebih
tinggi berbanding mereka yang tidak mengalami masalah ini. Ada juga pendapat yang menggalakkan penggunaaan ubat-
Dr. Wan Mohd Rushidi Haji Wan Mahmud.
Pakar Perunding Perubatan Neuro-Behavior,
Kedah Medical Centre,
05250 Pumpong,Alor Star, Kedah.
Tel: 04-7308878
Faks: 04-7332869
E-mel: drwanrushidi@gmail.com
Page 1  |  Page 2  |  Page 3  |  Page 4
Produced with Yudu - www.yudu.com